Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah letupan bom telah menggegarkan sebuah jalan raya yang terletak di bandar Manama sekaligus merosakkan sejumlah kenderaan yang berada di tempat kejadian. Walau bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa
yang dilaporkan berikutan insiden tersebut.
Kementerian Dalam Negeri Bahrain di dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan melalui akaun Twitter mereka pada hari Ahad mengatakan "sebuah pengeboman pengganas" telah berlaku di Jalan Budaya. Kenyataan tersebut tidak mengandungi maklumat lanjut berkaitan kejadian itu.
Pengeboman itu berlaku di sebalik protes yang semakin mendapat momentum di negara Arab tersebut. Protes itu dilancarkan berikutan pelaksanaan hukuman bunuh oleh pihak kerajaan ke atas 3 orang aktivis politik di Bahrain.
5 Februari 2017 - 19:20
News ID: 809687
Sebuah letupan bom telah menggegarkan sebuah jalan raya yang terletak di bandar Manama sekaligus merosakkan sejumlah kenderaan yang berada di tempat kejadian. Walau bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan berikutan insiden tersebut.